Pengurusan tanah dan sumber alam yang sistematik, berkesan dan berintegrasi adalah satu kaedah dimana kerajaan dapat menilai, merancang dan membuat keputusan yang lebih tepat untuk pembangunan sesuatu kawasan atau daerah dengan kos dan perbelanjaan yang minimum dan menjamin sosio-ekonomi penduduk setempat.
Manfaat Daripada Teknologi GIS dan Remote Sensing
Mempunyai satu pengkalan data (database) yang lengkap dan sistematik banyak memberi impak kepada perancangan pembangunan di masa hadapan. Keciciran maklumat walaupun sedikit akan mempengaruhi keputusan yang telah di buat dan akan mendatangkan masalah di masa akan datang. Oleh itu adalah perlu semua organisasi bergabung di bawah satu bumbung yang menyatukan semua maklumat yang di panggil Pusat Integrasi Pengkalan Data.
GIS (Geographic Information System) atau dalam bahasa adalah sistem maklumat geografi adalah terjemahan maklumat geografi di atas permukaan bumi kepada satu model yang boleh di persembahkan di dalam komputer dengan sokongan data atribut yang mewakili maklumat sebenar topografi dan geografi. Sistem ini banyak membantu dunia sekarang untuk perancangan dan untuk membuat keputusan. Ini penting kerana kesudahannya kita dapat mempengaruhi kualiti, kuantiti, kos perbelanjaan, kos tenaga buruh dan pembangunan yang terkawal dari masa ke semasa.
Remote Sensing atau dalam bahasa penginderaan jauh adalah data imej bumi yang di cerap dari satelit. Kemajuan teknologi satelit telah melahirkan teknologi remote sensing ini tahun 70-an lagi. Imej yang di cerap ini seolah-olah gambar yang di ambil dari angkasa tetapi hakikatnya ia adalah cerapan objek bumi dengan bantuan tenaga elektromengnet yang di lepaskan oleh matahari dan di rakamkan di dalam jalur-jalur (bands) yang terdapat pada sensor satelit itu sendiri. Terdapat pelbagai satelit di angkasa dan masing-masing memainkan peranan dan fungsi tersendiri sesuai dengan kehendak tujuan ia di ciptakan. Kemajuan teknologi ini juga telah melahirkan satelit malam atau satelit RS yang boleh mencerap objek di permukaan bumi pada waktu malam dan keadaan berawan.
Manfaat dari kedua-dua teknologi ini adalah