Apakah kebaikan teknologi ini? Teknologi ini akan memperkenalkan anda maklumat di HUJUNG JARI anda. Tiada lagi benda tersembunyi di permukaan bumi ini dengan adanya teknologi ini.
ARSM atau Agensi Remote Sensing Malaysia yang dulu di kenali dengan nama MACRES (Malaysia Centre For Remote Sensing) adalah badan kerajaan yang bertanggungjawab mengetengahkan aplikasi dan kebaikan teknologi ini kepada masyarakat dan kepada negara. Penubuhan agensi ini sejak tahun 80-an lagi telah banyak melahirkan penyelidik-penyelidik yang berwibawa dan memberi manfaat kepada industri pertanian, perhutanan, perikanan, pembangunan dan sebagainya dan menyumbang kepada menaikkan taraf ekonomi di negara ini. Tetapi berapa ramai di antara kita sedar teknologi ini wujud dan dapat membantu ekonomi di negara kita.
Ini adalah salah satu imej Remote Sensing bagi negeri Sabah. Apa maklumat data imej ini boleh berikan?
Imej remote sensing boleh di dapati dengan pelbagai bentuk. Semuanya bergantung kepada resolusi, ruang spatial, keupayaan spectral, keluasan cerapan, bilangan jalur (bands) dan sebagainya. Ini juga bergantung kepada keupayaan platform satelit itu sendiri.
Untuk pengetahuan, satelit ini di miliki oleh negara-negara yang membangunkan teknologi ini termasuk Malaysia (TiungSAT? RazakSAT?)
Jenis-jenis satelit untuk kegunaan awam dan mudah di dapati adalah seperti berikut;
- WorldView
- QuickBird
- IKONOS
- GeoEye
- SPOT
- RapidEye
- RadarSAT
- Landsat
- Dan lain-lain
Selain itu juga, teknologi satelit juga boleh memberi maklumat seperti data bentuk mukabumi atau topografi seperti ketinggian (elevation), kontur (contour), kecerunan (slope), aspect, sungai, kawasan berbukit, kawasan tanah pama (flat area) dan sebaginya.
Data-data ini penting di dalam penyediakan tanah atau preliminary planning untuk;
- Perancangan pembukaan kawasan pertanian atau perladangan (kelapa sawit atau getah),
- Pembangunan jaringan jalan raya
- Pembukaan bandar-bandar baru atau perkampungan terancang
- Projek-projek agropolitan
- Pembukaan kawasan rekeasi
- Pembinaan empangan
- Perancangan pengairan dan saliran
- Penebatan banjir
- Sistem pertanian sistematik (Precision Farming)
- dan lain-lain yang fikirkan perlu
Kemajuan teknologi ini di iringi dengan teknologi IT yang mangkin canggih akan memudahkan anda menerima maklumat ini dengan cepat dan tepat. Keputusan dapat di buat dengan serta-merta dengan di sokong oleh analisis-analisis yang realistic dan kos yang minimum. Segala-galanya di HUJUNG JARI anda.