Pages

Powered by Blogger.
Showing posts with label oil palm plantation. Show all posts
Showing posts with label oil palm plantation. Show all posts

Monday, 2 April 2012

Pengurusan Tanah dan Sumber Alam di Sabah Menggunakan Aplikasi GIS Remote Sensing

Abstrak

Pengurusan tanah dan sumber alam yang sistematik, berkesan dan berintegrasi adalah satu kaedah dimana kerajaan dapat menilai, merancang dan membuat keputusan yang lebih tepat untuk pembangunan sesuatu kawasan atau daerah dengan kos dan perbelanjaan yang minimum dan menjamin sosio-ekonomi penduduk setempat.

Manfaat Daripada Teknologi GIS dan Remote Sensing

Mempunyai satu pengkalan data (database) yang lengkap dan sistematik banyak memberi impak kepada perancangan pembangunan di masa hadapan. Keciciran maklumat walaupun sedikit akan mempengaruhi keputusan yang telah di buat dan akan mendatangkan masalah di masa akan datang. Oleh itu adalah perlu semua organisasi bergabung di bawah satu bumbung yang menyatukan semua maklumat yang di panggil Pusat Integrasi Pengkalan Data.

GIS (Geographic Information System) atau dalam bahasa adalah sistem maklumat geografi adalah terjemahan maklumat geografi di atas permukaan bumi kepada satu model yang boleh di persembahkan di dalam komputer dengan sokongan data atribut yang mewakili maklumat sebenar topografi dan geografi. Sistem ini banyak membantu dunia sekarang untuk perancangan dan untuk membuat keputusan. Ini penting kerana kesudahannya kita dapat mempengaruhi kualiti, kuantiti, kos perbelanjaan, kos tenaga buruh dan pembangunan yang terkawal dari masa ke semasa.

Remote Sensing atau dalam bahasa penginderaan jauh adalah data imej bumi yang di cerap dari satelit. Kemajuan teknologi satelit telah melahirkan teknologi remote sensing ini tahun 70-an lagi. Imej yang di cerap ini seolah-olah gambar yang di ambil dari angkasa tetapi hakikatnya ia adalah cerapan  objek bumi dengan bantuan tenaga elektromengnet yang di lepaskan oleh matahari dan di rakamkan di dalam jalur-jalur (bands) yang terdapat pada sensor satelit itu sendiri. Terdapat pelbagai satelit di angkasa dan masing-masing memainkan peranan dan fungsi tersendiri sesuai dengan kehendak tujuan ia di ciptakan. Kemajuan teknologi ini juga telah melahirkan satelit malam atau satelit RS yang boleh mencerap objek di permukaan bumi pada waktu malam dan keadaan berawan.


Manfaat dari kedua-dua teknologi ini adalah






Tuesday, 18 October 2011

PROJEK 1 SABAH - APLIKASI TEKNOLOGI REMOTE SENSING DAN GIS

Apakah kebaikan teknologi ini? Teknologi ini akan memperkenalkan anda maklumat di HUJUNG JARI anda. Tiada lagi benda tersembunyi di permukaan bumi ini dengan adanya teknologi ini.

ARSM atau Agensi Remote Sensing Malaysia yang dulu di kenali dengan nama MACRES (Malaysia Centre For Remote Sensing) adalah badan kerajaan yang bertanggungjawab mengetengahkan aplikasi dan kebaikan teknologi ini kepada masyarakat dan kepada negara. Penubuhan agensi ini sejak tahun 80-an lagi telah banyak melahirkan penyelidik-penyelidik yang berwibawa dan memberi manfaat kepada industri pertanian, perhutanan, perikanan, pembangunan dan sebagainya dan menyumbang kepada menaikkan taraf ekonomi di negara ini. Tetapi berapa ramai di antara kita sedar teknologi ini wujud dan dapat membantu ekonomi di negara kita.

Ini adalah salah satu imej Remote Sensing bagi negeri Sabah. Apa maklumat data imej ini boleh berikan?


Imej remote sensing boleh di dapati dengan pelbagai bentuk. Semuanya bergantung kepada resolusi, ruang spatial, keupayaan spectral, keluasan cerapan, bilangan jalur (bands) dan sebagainya. Ini juga bergantung kepada keupayaan platform satelit itu sendiri. 

Untuk pengetahuan, satelit ini di miliki oleh negara-negara yang membangunkan teknologi ini termasuk Malaysia (TiungSAT? RazakSAT?)

Jenis-jenis satelit untuk kegunaan awam dan mudah di dapati adalah seperti berikut; 

  • WorldView
  • QuickBird
  •  IKONOS
  • GeoEye
  •  SPOT 
  •  RapidEye
  • RadarSAT
  • Landsat
  • Dan lain-lain

Selain itu juga, teknologi satelit juga boleh memberi maklumat seperti data bentuk mukabumi atau topografi seperti ketinggian (elevation), kontur (contour), kecerunan (slope), aspect, sungai, kawasan berbukit, kawasan tanah pama (flat area) dan sebaginya.



Data-data ini penting di dalam penyediakan tanah atau preliminary planning untuk;


  1. Perancangan pembukaan kawasan pertanian atau perladangan (kelapa sawit atau getah),
  2. Pembangunan jaringan jalan raya
  3. Pembukaan bandar-bandar baru atau perkampungan terancang
  4. Projek-projek agropolitan
  5. Pembukaan kawasan rekeasi
  6. Pembinaan empangan
  7. Perancangan pengairan dan saliran
  8. Penebatan banjir
  9. Sistem pertanian sistematik (Precision Farming)
  10. dan lain-lain yang fikirkan perlu

Kemajuan teknologi ini di iringi dengan teknologi IT yang mangkin canggih akan memudahkan anda menerima maklumat ini dengan cepat dan tepat. Keputusan dapat di buat dengan serta-merta dengan di sokong oleh analisis-analisis yang realistic dan kos yang minimum. Segala-galanya di HUJUNG JARI anda.