Pages

Powered by Blogger.
Showing posts with label jupem. Show all posts
Showing posts with label jupem. Show all posts

Tuesday, 18 October 2011

PETA ANALISIS 1 SABAH

Sabah From Space



Daripada imej satelit dan data topografi yang di paparkan sebelum ini akan menghasilkan pelbagai analisis seperti berikut:

 Peta Parameter Negeri Sabah
  • Untuk mengetahui keluasan sebenar tanah besar di negeri Sabah dan bilangan pulau-pulau yang terdapat di perairan negeri di bawah bayu ini.
  • Untuk memantau sempadan antarabangsa 



Peta Sempadan Daerah Negeri Sabah

  • Menantau sempadan pentadbiran
  • Menantau keluasan daerah pentadbiran 

Peta Taburan Bandar dan Kampung Negeri Sabah
  • Untuk penyusunan database yang sistematik
  • Memudahkan pemantauan sosio-ekonomi isi rumah



Peta Geologi Negeri Sabah
  • Pemetaan bahan mineril di muka bumi ini
  • Pemantauan bahan sumber bahan galian dan air bawah tanah


Peta Guna Tanah (Landuse) Negeri Sabah
  • Pemantauan gunatanah terkini di negeri Sabah
  • Pemetaan kawasan pertanian seperti aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah
  • Pemetaan kawasan berhutan di negeri Sabah
  • Pemantauan pembangunan Kawasan Bandar dan Luar Bandar
  • Pemantauan pembalakan haram
  • Pemantauan pembukaan tanah haram


Peta Jaringan Jalan Raya Negeri Sabah
  • Pemetaan jaringan jalanraya di negeri Sabah
  • Pemetaan jalan berturap dan tidak berturap
  • Pemetaan jalan alternatif
  • Perancangan pembinaan jalan baru

Peta Jaringan Sungai Di Negeri Sabah
  • Pemetaan jaringan sungai
  • Pemantauan kawasan tadahan air
  • Penebatan kawasan banjir

Peta Kontur Negeri Sabah
  • Analisis pemetaan elevasi (ketinggian paras tanah dari MSL)
  • Analisis pemetaan kecerunan 
    • Pemetaan Risiko Kecerunan - dari kawasan berisiko rendah hingga berisiko tinggi
    • Tujuan membuat terracing bagi tanaman kelapa sawit/getah/dsb
    • Pemetaan unplantable slope
  • Analisis arah slope (aspect)

PROJEK 1 SABAH - APLIKASI TEKNOLOGI REMOTE SENSING DAN GIS

Apakah kebaikan teknologi ini? Teknologi ini akan memperkenalkan anda maklumat di HUJUNG JARI anda. Tiada lagi benda tersembunyi di permukaan bumi ini dengan adanya teknologi ini.

ARSM atau Agensi Remote Sensing Malaysia yang dulu di kenali dengan nama MACRES (Malaysia Centre For Remote Sensing) adalah badan kerajaan yang bertanggungjawab mengetengahkan aplikasi dan kebaikan teknologi ini kepada masyarakat dan kepada negara. Penubuhan agensi ini sejak tahun 80-an lagi telah banyak melahirkan penyelidik-penyelidik yang berwibawa dan memberi manfaat kepada industri pertanian, perhutanan, perikanan, pembangunan dan sebagainya dan menyumbang kepada menaikkan taraf ekonomi di negara ini. Tetapi berapa ramai di antara kita sedar teknologi ini wujud dan dapat membantu ekonomi di negara kita.

Ini adalah salah satu imej Remote Sensing bagi negeri Sabah. Apa maklumat data imej ini boleh berikan?


Imej remote sensing boleh di dapati dengan pelbagai bentuk. Semuanya bergantung kepada resolusi, ruang spatial, keupayaan spectral, keluasan cerapan, bilangan jalur (bands) dan sebagainya. Ini juga bergantung kepada keupayaan platform satelit itu sendiri. 

Untuk pengetahuan, satelit ini di miliki oleh negara-negara yang membangunkan teknologi ini termasuk Malaysia (TiungSAT? RazakSAT?)

Jenis-jenis satelit untuk kegunaan awam dan mudah di dapati adalah seperti berikut; 

  • WorldView
  • QuickBird
  •  IKONOS
  • GeoEye
  •  SPOT 
  •  RapidEye
  • RadarSAT
  • Landsat
  • Dan lain-lain

Selain itu juga, teknologi satelit juga boleh memberi maklumat seperti data bentuk mukabumi atau topografi seperti ketinggian (elevation), kontur (contour), kecerunan (slope), aspect, sungai, kawasan berbukit, kawasan tanah pama (flat area) dan sebaginya.



Data-data ini penting di dalam penyediakan tanah atau preliminary planning untuk;


  1. Perancangan pembukaan kawasan pertanian atau perladangan (kelapa sawit atau getah),
  2. Pembangunan jaringan jalan raya
  3. Pembukaan bandar-bandar baru atau perkampungan terancang
  4. Projek-projek agropolitan
  5. Pembukaan kawasan rekeasi
  6. Pembinaan empangan
  7. Perancangan pengairan dan saliran
  8. Penebatan banjir
  9. Sistem pertanian sistematik (Precision Farming)
  10. dan lain-lain yang fikirkan perlu

Kemajuan teknologi ini di iringi dengan teknologi IT yang mangkin canggih akan memudahkan anda menerima maklumat ini dengan cepat dan tepat. Keputusan dapat di buat dengan serta-merta dengan di sokong oleh analisis-analisis yang realistic dan kos yang minimum. Segala-galanya di HUJUNG JARI anda.